Friday, 20 December 2013

Pembentangan Akhir SKMM 6013

Untuk pembentangan terakhir ini, saya telah memilih artikel daripada Asmaa Mohd Arshad yang membincangkan tentang Konsep Ta'dib: Teras Falfasah Pendidikan Islam.. Artikel ini saya jadikan sebagai landasan untuk saya menganalisis 3 link data yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak di kalangan generasi kini.. Berikut saya sertakan link data kajian dan slide pembentangan: 











Sunday, 15 December 2013

KONSEP TA'DIB: TERAS FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM oleh Asmaa Mohd Arshad

Krisis keruntuhan akhlak dilihat semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.. Arus modenisasi dunia tanpa sempadan merupakan serangan moral paling hebat dalam sejarah ketamadunan umat manusia.. Oleh hal demikian generasi kini dikatakan tidak lagi mempu mempertahankan akidah, akhlak, maruah, nilai, prinsip dan harga diri..


Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas menjelaskan bahawa isu keruntuhan akhlak terutama dalam kalangan remaja seharusnya diambil serius oleh warga pendidik.. Masalah kekeliruan ilmu dan keruntuhan adab di kalangan umat Islam adalah berpunca daripada pandangan alam (worldview) serta kebudayaan Barat yang telah menyelinap masuk ke dalam ilmu dan budaya hidup Muslim.. Hal ini menimbulkan kekeliruan terhadap perkara-perkara teras seperti konsep Tuhan, konsep agama, insan, ilmu dan pendidikan.. Maka, kekeliruan ilmu terhadap perkara-perkara asas tersebut akhirnya mengakibatkan keruntuhan adab di kalangan Umat Islam..


Konsep Ta'dib ialah teras pendidikan yang sebenar dalam Islam iaitu penyerapan adab ke dalam diri.. Adab merupakan sesuatu perbuatan, tindakan atau keputusan yang didasari oleh ilmu yang benar.. Melalui dasar ini al-Attas telah membahagikan ilmu kepada dua iaitu Ilmu Pengenalan dan Ilmu Pengetahuan.. Ilmu Pengenalan merupakan ilmu fardu ain, ia adalah dituntut ke atas setiap Muslim.. Manakala Ilmu Pengetahuan pula merupakan ilmu fardu kifayah yang diwajibkan bagi sebahagian kaum Muslimin sahaja..

Oleh hal demikian, dalam pendidikan terutamanya, konsep ilmu fardu ain dan fardu kifayah ini tidak seharusnya berhenti pada peringkat pendidikan rendah dan menengah sahaja.. Kepincangan dalam pelaksanaan Ilmu Teras (fardu ain) di peringkat pengajian tinggi, merupakan punca lahirnya generasi yang rapuh jati dirinya.


Sunday, 1 December 2013

Tradisi Perkahwinan vs Islam

  • Adat Bersanding

Sekiranya majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup iaitu di hadapan keluarga terdekat/mahrah, ia diharuskan.. Ini kerana ada diantara adat tradisi yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.. Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.. Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri.. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari itu..


Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan itu perlulah di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam kegembiraan.. Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding, adakah ia budaya masyarakat Melayu atau budaya masyarakat lain?? Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India.. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat tradisi maka perlu dipastikan bahawa adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam..


  • Adat Merenjis

Selain itu, dalam upacara perkahwinan adat merenjis juga dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu.. Dan jika mengikut hukum agama Islam ia adalah diharamkan.. 
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaun dia termasuk dalam golongan mereka". (Hadis Sahih riwayat Abu Dawud).

Hadis diatas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam..
















Namun begitu, jika di lakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.. Walau bagaimanapun, ada sesetengah masyarakat kini berpendapat untuk tidak mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam...
Memang benar.! Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tradisi tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan dalam Islam...



Saturday, 23 November 2013

Pandangan Islam Terhadap Tradisi Dan Kemodenan by Khalif Muammar A. Haris

Pada pendapat saya, artikel ini adalah menjelaskan tentang tradisi dan kemodenan yang sangat bercanggah jika dilihat dari perspektif Islam dan Barat.. Namun begitu, diawal artikel ini ada dijelaskan pandangan tradisi oleh beberapa golongan antaranya:
Golongan modenis dan pascamodenis - beranggapan bahawa tradisi adalah beban yang harus dilupakan untuk maju ke hadapan...
Golongan tradisionalis - menganggap segala yang diperturunkan tidak boleh diganggu gugat dan harus diterima sebagaimana adanya tanpa apa-apa perubahan...
Golongan lain-lain - menyeru agar mengambil jalan tengah dengan menerima apa yang benar dan baik dan menolak apa yang salah dan buruk...

TRADISI DAN TURATH

Menurut pandangan Barat, perkataan 'tradisi' adalah memberi konotasi yang negatif.. Ia juga lebih kepada cerita dongeng dan mitos yang diturunkan dari satu generasi ke generasi melalui komunikasi lisan.. Oleh hal demikian, pemikir-pemikir Barat melihat bahawa tradisi adalah tidak relevan untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan kontemporari... 
Namun begitu, berbeza pula dengan pandangan Islam, tradisi amatlah dihargai kerana dengan adanya tradisi umat Islam dapat memahami ajaran Islam yang sebenar-benarnya.. Terutamanya merujuk kepada Turath iaitu warisan yang merakamkan tentang bagaimana Islam difahami dan dilaksanakan sejak generasi awal Islam.. Rakaman dan khazanah keilmuan ini sangat penting dalam membimbing umat Islam masa kini agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik...

MODENITI

Kemodenan atau modeniti dianggap sinonim dengan kemajuan dan pembangunan.. Namun begitu pada hakikatnya, modeniti adalah mengandungi nilai-nilai Barat sedangkan kemajuan dan pembangunan tidak demikian.. Menurut pandangan Barat, 'modeniti' adalah satu fasa sejarah Barat yang sedang melalui pasca-tradisi, pasca zaman pertengahan yang dicirikan dengan industrialisme, kapitalisme, sekularisasi dan negara-bangsa.. Selain itu, modeniti juga dikenali sebagai the age of reason (zaman akal) dan menekankan sains teknologi dan kemajuan material..


Berbeza mengikut perspektif Islam apabila segala pembangunan dan kemajuan adalah berlandaskan kepada agama Islam kerana ia haruslah memberi kesan yang baik kepada manusia.. Dalam Islam kemajuan material bukan esensi dan tidak dapat dijadikan ukuran kemajuan dan pembangunan yang sebenar.. Walaupun begitu, bukan beerti Islam menolak kemajuan tetapi haruslah berada pada landasan yang benar dan bertepatan dengan ajaran agama Islam..

Monday, 18 November 2013

Opening Address The Worldview Of Islam An Outline by Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Syed Naquib al-Attas menyatakan bahawa pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat iaitu dunia merupakan persediaan untuk akhirat.. Pandangan semesta Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terpancar dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.. Secara umumnya ia merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutama dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh nilai tertentu.. Aqidah merupakan asas dan teras bagi tamadun Islam.. Allah S.W.T. pula ialah Pencipta dan Pentadbir alam ini.. Selain itu, Allah S.W.T mempunyai hak bagi diriNya dan juga keatas diriNya.. Bagi diriNya bermaksud penunaian hak oleh Allah berdasarkan kehendak dan kuasaNya.. Manakala ke atas diriNya pula bermaksud hak-hak Allah yang mesti ditunaikan oleh manusia..


Seterusnya, Allah menurunkan al-Quran iaitu sumber rujukan ilmu dan perundangan yang utama dan paling penting kepada kehidupan manusia.. Al-Quran merupakan kata-kata Allah dan wahyu daripada Allah yang disampaikan melalui rasulnya kepada umat manusia sebagai garis panduan umtuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.. Al-Quran adalah sumber yang membekalkan asas-asas ilmu pengetahuan supaya manusia tidak terjerumus dalam logik akal dan nafsu semata-mata.. Seperti yang sedia maklum bahawa fungsi al-Quran adalah membawa kebenaran dan pengajaran yang tidak dapat disangkal lagi..


Kewujudan Tuhan mengikut Islam adalah berbeza pandangannya dengan penganut-penganut agama lain.. Menurut agama Islam, tuhan adalah merujuk kepada Allah yang Maha Esa iaitu Allah yang satu.. Walaupun kewujudan Allah tidak dapat dilihat melalui pancaindera, namun umat Islam harus mempercayai bahawa Allah itu wujud dan tiada Tuhan yang wajib di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.. Oleh hal demikian, umat Islam haruslah beriman dengan kewujudanNya, mengenaliNya, mempelajari apa yang datang daripadaNya dan yakin serta melaksanakan perintah dan petunjukNya...

Sunday, 20 October 2013

Teks dan Makna dalam Drama Melayu Moden (Solehah Ishak)

Berdasarkan pembacaan, dapat saya fahami bahawa artikel ini cenderung menerangkan tentang bagaimana sesebuah teks itu berperanan dalam bidang drama Melayu.. Teks muncul sebagai satu bentuk ekspresi rasa dan makna halus yang ditunjangi aliran budi dan jiwa kebudayaan karyawannya. Teks juga menceritakan rentetan peristiwa, digubah mengikut plot cerita, dijalin kemas menerusi dialog dan persimbolan: maka tergubahlah satu penceritaan yang menyampaikan rasa dan maknanya…

Namun dikatakan teks bukanlah sentiasa memaparkan rasa dan makna kebudayaan karyawannya secara eksplisit. Terdapat juga teks yang telah diiktiraf sebagai cerminan budaya masyarakatnya, akan tatapi masih banyak hasil karya yang cukup kosong isinya malah tidak menonjol dalam mencerminkan kebudayaannya. Dalam konteks kesusateraan Melayu, satu cara penilaian untuk menentukan hasil karya yang boleh diiktiraf sebagai teks dan yang tidak, perlu dilaksanakan.

Teks yang menyatakan mesejnya secara terangan dianggap menjemukan, manakala teks yang bertenaga menyampaikan mesejnya secara berkias dan implisit. Oleh itu, khalayak akan mentafsir rasa dan makna yang terselindung itu. Seterusnya pengkritik sastera juga akan melahirkan pelbagai tafsiran dan perdebatan. Perdebatan ini menjadikan wacana kritikan sastera itu hidup segar.

Berikutnya dinyatakan bahawa karyawan bukan sahaja menukilkan segala peristiwa dan mengubahnya dalam bentuk karya malah menghidupkan semangat dan jiwa karyawan untuk dinikmati dan ditafsir oleh khalayak. Selain itu, untuk memahami rasa dan makna sesebuah teks kita perlulah mengenali karyawannya terlebih dahulu. Mengenali karyawan itu sama pentingnya dengan mengenali teks hasil karyanya.

Dalam bidang drama moden, dapat ditafsirkan satu sudut pandangan umum yang menjadi teras sistem nilai dan makna yang dinukilkan oleh Usman Awang dan beliau juga mendedahkan segala bentuk kepincangan dan ketidakadilan dalam kehidupan masyarakat. Teks hasil karya Usman Awang mencerminkan satu aspek sistem nilai, makna dan aspirasi sebahagian daripada warga masyarakatnya. Teksnya juga, ada kalanya menangisi tragedi yang menimpa golongan yang tidak berada dan tidak berdaya.

Teks dalam Genre Drama

Dalam genre drama, teks muncul sebagai skrip. Skrip drama hanya menonjolkan sebahagian daripada rasa dan makna yang ingin disampaikan oleh pengarang. Selebihnya dipaparkan menerusi penerbitan teater. Dalam teater, perkara pertama yang dilakukan oleh pengarah ialah menterjemah skrip dalam bentuk lakonan. Pengarah menonjolkan apa yang tersurat dalam bentuk suara, gerak, suluhan cahaya, kostum dan sebagainya, dan dijelmakan segalanya dalam konteks set yang tergubah diatas pentas. Keseluruhan rasa dan makna itu dihidupkan menerusi kombinasi unsur-unsur yang datangnya dari dalam teks dan luar teks.

Makna yang tersirat tidak muncul dalam teks, tapi disampaikan kepada khalayak dalam bentuk prakata bagi teks yang telah diterbitkan. Makna dan suara rasa yang ingin disampaikan oleh teks ini, jika dipentaskan oleh karyawnya sendiri, persimbolan dan clues yang digunakannya akan lebih tepat dengan apa yang dihasratkan oleh pengarang itu. Teks ini boleh dipentaskan dengan arahan orang lain. Namun pengarah haruslah benar-benar memahami apa yang tersurat dalam teks dan menyelami apa yang tersirat.

Teks dan Makna

Teks menyampaikan maknanya dalam beberapa bentuk iaitu bentuk deklaratif, imperatif dan interogatif. Teks deklaratif, mudah difahami oleh pembaca dan khalayaknya. Ini kerana segala mesej dan makna tidak dibisukan, malah disuarakan dengan terus terang secara tersurat. Contoh: Atap Genting Atap Rembia karya Mustafa Kamil Yassin.

Teks imperatif, menukilkan rentetan peristiwa yang benar-benar berlaku dalam kehidupan masyarakat dan kebudayaannya, tetapi tidak mengemukakan sebarang kesimpulan. Khalayaknya diminta mengambil pendirian masing-masing, membuat kesimpulan sendiri, setelah teks memaparkan segala persoalannya.

Teks interogatif, berbeza daripada teks deklaratif dan imperatif, mempersembahkan cerita yang berlapis-lapis: drama dalam drama, cerita dalam cerita, mimpi dalam mimpi, realiti dalam ilusi dan sebagainya. Teks juga menzahirkan pelbagai suara dan makna sama ada secara tersurat ataupun tersirat. Makna yang tersirat itu yang lebih penting walaupun sukar difahami oleh khalayak. Segala makna yang disampaikan oleh teks diberi konteks latar belakangnya yang tersendiri. Contoh: Bukan Lalang Ditiup Angin karya Noordin Hassan menggunakan teknik campuran simbolisme dan surealisme kerana beliau ingin menyampaikan kupasan dan mesej tentang latar belakang sosial yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

Makna teks dalam pementasan

Pelbagai lapisan makna boleh muncul dalam pementasan walaupun makna itu tidak muncul secara tersurat dalam teks. Seperti contoh, apabila pengarang teks berperanan sebagai pengarah, tafsiran makna yang tersurat dan tersirat itu lebih lancer kerana hakikat bahawa pengaranglah yang serbatahu akan maksud sama ada zahir ataupun batin teksnya. Selain tafsiran kepengarahan, makna teks dalam pementasan juga boleh berubah-ubah apabila teks dipentaskan dipanggung-pangung yang berbeza sifatnya dan bentuknya. Ini bermakna teks yang sama, pementasan drama yang sama, boleh menimbulkan interpretasi dan makna yang berbeza kepada khalayaknya.

Novel-novel Melayu Mutakhir: Analisis Cerminan Nilai Budaya Bangsa (Ramli Isin)

Ramli Isin dalam konteks pembicaraan ini menumpukan penganalisisan terhadap novel-novel tersebut:

  • Ranjau Sepanjang Jalan, Kemelut, Seluang Menodak Baung, Srengenge karya Shahnon Ahmad
  • Krisis karya Alias Ali
  • Angin Timur Laut, Juara karya S. Othman Kelantan
  • Salina, Adik Datang, Sungai Mengalir Lesu karya A. Samad Said
  • Lambak karya Zaid Ahmad
  • Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga karya Jong Chian Lai
  • Ngayau, Bagaton karya Amil Jaya
  • Empangan karya Zakaria Ali
  • Jejak Pulang karya Dharmala N.S
  • Rimba Harapan karya Keris Mas

Novel-novel tersebut dipilih kerana bertepatan dengan topik perbincangan dan mencerminkan nilai budaya bangsa didalamnya. Namun masih terdapat beberapa buah novel lain yang dihasilkan sezaman dengan novel-novel tersebut yang mencerminkan nilai budaya bangsa itu. Selain itu, dikatakan juga bahawa nilai budaya bangsa yang diterapkan di dalam novel-novel tersebut berkemungkinan berbeza dengan nilai budaya masa kini.. Ini disebabkan ada antara novel-novel yang mencerminkan nilai budaya bangsa masyarakatnya yang berlaku beberapa tahun atau dekad kebelakangan.. Latar masa menjadi faktor perubahan sama ada dari segi lanskap alam semula jadi mahupun pandangan dunia (worldview) masyarakatnya seperti pemikiran, amalan kerja, kepercayaan, sikap dan sebagainya yang membentuk nilai budaya masyarakat pada sesuatu masa atau zaman itu… Contoh: Novel Ranjau Sepanjang Jalan (1966) dan Rentung (1965) karya Shahnon Ahmad...

Lucien Goldmann, Hypolite Taine dan Michel Zeraffa mempunyai pandangan selari yang mengatakan bahawa sesebuah novel atau teks sastera mempunyai perkaitan dan hubungan yang mencerminkan nilai budaya sesebuah masyarakat yang dihasilkan oleh seseorang pengarang pada zamannya dengan nilai budaya masyarakat realiti, khususnya dalam aspek pandangan hidup, pemikiran dan kesedaran.. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna gagasan strukturalisme-genetik ini terlepas daripada sebarang kelemahan.. Hal ini kerana banyak karya sastera (novel) di Eropah khususnya tidak mencerminkan nilai budaya bangsanya yang sebenar-benar…

 Suatu perkara yang menarik dapat dikesan daripada penelitian terhadap novel-novel pilihan tersebut iaitu adanya kecenderungan penumpuan atau aliran yang hampir sama novelis-novelis itu dalam menanggapi, menghayati dan mencernakan dengan teliti nilai masyarakat bangsa mereka yang dihadapi dan dialami oleh mereka dalam kehidupan sehari2, sama ada di kampong mahupun di bandar dan persisirannya...

Selain itu, novel-novel yang mencerminkan nilai budaya bangsa juga dapat dijadikan informasi kepada para pembaca untuk memahami sesetengah nilai budaya masyarakat, khususnya Melayu dan beberapa suku kaum lain di Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak.. Seperti contoh, novel Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga, Ngayau, Bagaton, Royan, dan beberapa novel lain yang dihasilkan pengarang di kedua-dua negeri tersebut, pembaca akan mendapat gambaran serba sedikit tentang keadaan kehidupan dan nilai budaya masyarakatnya dalam aspek sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik…

Oleh itu, dapat dikatakan bahawa pengarang-pengarang yang menghasilkan novel-novel tersebut sememangnya mempunyai bakat, daya kreativiti dan persepsi yang tinggi terhadap kenyataan atau reality masyarakat dan persekitaran terutama pada konteks zamannya.. Mereka juga menguasai teknik dan unsur penceritaan karya kreatif imaginative itu dengan baik untuk mencitrakan semula realiti sebagai cerminan dan bayangan nilai budaya masyarakat bangsanya dalam bentuk karya sastera khususnya novel…

Friday, 18 October 2013

Salam Aidiladha


Assalamualaikum...
Harap tidak terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pensyarah kursus Dr. Masrynna Ahmad dan rakan-rakan seperjuangan... Dengan ini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada tersalah laku atau terkasar bahasa... :)

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar walilahilham..
Maka bersama-samalah kita menghayati kisah pengorbanan paling agung antara Nabi Ibrahim a.s dan putera kesayangan baginda, Nabi Ismail a.s... Semoga kita beroleh kekuatan yang sama dalam melaksanakan ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT... SALAM AIDILADHA 1434H...!!

            
                                            Me, sista & kazen..



Friday, 4 October 2013

Umat Melayu Cerminan Islam


Pada pendapat saya, artikel ini cenderung menjelaskan tentang cerminan masyarakat Melayu di Malaysia dan agama Islamnya. Seperti yang diketahui Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif bahawa Melayu itu beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Begitu juga kajian yang menarik yang sering dikaji mengenai Melayu dan Islam ini adalah bahasanya... Hal ini kerana dikatakan bahasa Melayu mempunyai ribuan istilah bahasa Al-Quran didalamnya...


Selain itu, masyarakat Melayu juga harus menampakkan contoh yang baik kerana baik fahaman dan amalan Islam dalam kalangan orang Melayu, maka baiklah imej Islam itu sendiri...dan begitu juga sebaliknya. Ini menerangkan bahawa masyarakat bukan Islam melihat agama Islam adalah daripada perlakuan dan tingkah laku orang Melayu...seharusnya orang Melayu yang beragama Islam menonjolkan contoh yang terbaik kepada masyarakat bukan Melayu...


Manakala peranan generasi muda dalam menimba ilmu dan pendidikan juga haruslah jujur dan tidak bertentangan dengan fitrah seperti berlakunya penciplakan terhadap hasil orang lain dan sebagainya.. Hal ini kerana masyarakat Melayu adalah cerminan kepada agama Islam.. Oleh itu, seharusnya orang Melayu mengamalkan dengan sebaik mungkin ajaran Islam sama ada bersifat jujur, amanah, menepati waktu, rajin dan sebagainya yang akan menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat lain...

Seterusnya imej dakwah juga amat penting dan harus diperkasakan dalam diri bangsa Melayu.. Selain itu, diketengahkan prinsip Al-Quran yang tidak membenarkan penerimaan Islam secara paksa.. Islam juga jelas dikatakan bukan sekadar suatu sistem kepercayaan malah ia adalah suatu cara hidup yang menunjukkan jalan kepada agama yang fitrah dan agama yang benar... Namun begitu, tidak semua masyarakat Melayu yang beragama Islam yang mengamalkan ajaran agama seimbang dengan perkara duniawi.. Sesetengah mereka lebih mementingkan hal dunia berbanding agamanya...


Oleh hal demikian, seharusnya orang Melayu di Malaysia meneliti dan memahami kembali tahap ketamadunan Islam agar memiliki kekuatan untuk membangunkan imej contoh.. Ia adalah sangat penting kerana merupakan suatu perkembangan dakwah dan ajaran Islam.. Masyarakat Melayu dan perwatakan yang mulia haruslah sejajar sama ada adil dalam pengurusan, amanah, sentiasa melakukan kebaikan dan sebagainya.. Hal ini penting kerana kewibawaan Melayu adalah sumber teladan yang tinggi kepada masyarakat dan negara...

Thursday, 3 October 2013

Ketamadunan Melayu adalah Ketamadunan Islam


Pada pandangan saya, S.M. Zakir melalui artikelnya menjelaskan bagaimana berkembangnya sebuah tamadun Islam dan penaklukan kawasan-kawasan seperti Parsi, 'jalan sutera' ke China sehinggakan jalan laut dari Teluk Arab/Teluk Parsi ke China di kuasai oleh pedagang-pedagang Islam... Hal ini menunjukkan betapa berkuasa dan gagahnya kerajaan Islam pada sekitar tahun 711M ini dengan penaklukan yang dilakukan... Selain itu, dengan berjalannya aktiviti perdagangan ini perhubungan antara Dunia Islam dan kerajaan-kerajaan kepulauan di selatan Asia Tenggara juga mula terjalin. 

                                   1.1 Peta Selatan Asia Tenggara

Selain itu, alam Melayu mula dikenali oleh banyak negara dan menjadi tempat persinggahan para pedagang dari Basra (Iraq), Hormuz (Parsi) dan Calicut @ Gujerat (India) yang dalam perjalanan ke China... Oleh hal demikian, pelabuhan-pelabuhan Melayu menjadi bertambah pesat dengan kemudiannya muncul beberapa pelabuhan seperti Langkasuka, Kalah (Kedah), Zabaj (Sriwijaya Palembang) dan Melaka... Ia kemudian meluas ke seluruh alam Melayu hingga ke Jawa, Maluku, Kalimantan, Makasar, Ternate, Brunei dan Kepulauan Sulu...

Dengan munculnya pedagang-pedagang Islam ini maka muncullah juga agama Islam di alam Melayu... Seperti yang diketahui bahawa masyarakat alam Melayu sebelumnya adalah menganut ajaran Hindu-Buddha.. Namun begitu, ajaran tersebut hanyalah diajar kepada kalangan raja-raja dan bangsawan sahaja.. manalaka rakyat pula masih tetap dengan kepercayaan animisme dan tahyul... Pada masa itu juga, masyarakat alam Melayu hidup dalam kemunduran tanpa ilmupengetahuan dan ajaran agama yang benar-benar sahih...

                               1.2 Ajaran Islam mula tersebar

Kemunculan Islam telah merubah wilayah alam Melayu dan pada masa yang sama telah mengangkat alam Melayu mencapai zaman kegemilangannya sama ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial.. Agama Islam juga telah mematangkan pemikiran masyarakat Melayu dan meningkatkan keintelektual dalam kalangan mereka.. Selain itu, muncul pula tokoh-tokoh dan ahli-ahli falsafah dalam kalangan masyarakat Melayu Islam.. Hal ini menampakkan perkembangan dari segi ilmu pengetahuan yang semakin menebal di alam Melayu.. Penggunaan bahasa Melayu dalam menyampaikan ilmu agama Islam juga merupakan jalan yang rasional kerana ia lebih memudahkan masyarakat alam Melayu untuk memahami sesuatu yang cuba disampaikan.. Bahasa Melayu ini juga terus berkembang hingga melahirkan ulama-pemikir Islam seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin Ar-Raniri dan sebagainya..

Maka ternyatalah bahawa konsep Melayu itu muncul dengan kedatangan dan penerimaan Islam di alam Melayu ini.. Kehidupan dan kebudayaan masyarakat telah mengalami satu bentuk peralihan daripada dunia gelap dan anti-rasional kepada sebuah dunia pencerahan yang bersifat rasional dan saintifik.. Oleh itu, disinilah wujudnya konsep tamadun...

Salam Perkenalan


Salam..
Haiii... Selamat datang ke blog saya.. Actually, terciptanya blog ini adalah untuk memenuhi tuntutan kursus SKMM 6013 Kesusasteraan dan Falsafah Melayu yang dibimbing oleh Dr. Masrynna Ahmad... Oleh itu, melalui blog ini perbincangan mengenai topik-topik atau artikel-artikel berkenaan kursus yang diambil akan dilakukan... Saya harap kawan-kawan yang singgah di blog ini dapat berkongsi ilmu, pandangan atau pendapat masing2 untuk kebaikan bersama... :)