Saturday, 23 November 2013

Pandangan Islam Terhadap Tradisi Dan Kemodenan by Khalif Muammar A. Haris

Pada pendapat saya, artikel ini adalah menjelaskan tentang tradisi dan kemodenan yang sangat bercanggah jika dilihat dari perspektif Islam dan Barat.. Namun begitu, diawal artikel ini ada dijelaskan pandangan tradisi oleh beberapa golongan antaranya:
Golongan modenis dan pascamodenis - beranggapan bahawa tradisi adalah beban yang harus dilupakan untuk maju ke hadapan...
Golongan tradisionalis - menganggap segala yang diperturunkan tidak boleh diganggu gugat dan harus diterima sebagaimana adanya tanpa apa-apa perubahan...
Golongan lain-lain - menyeru agar mengambil jalan tengah dengan menerima apa yang benar dan baik dan menolak apa yang salah dan buruk...

TRADISI DAN TURATH

Menurut pandangan Barat, perkataan 'tradisi' adalah memberi konotasi yang negatif.. Ia juga lebih kepada cerita dongeng dan mitos yang diturunkan dari satu generasi ke generasi melalui komunikasi lisan.. Oleh hal demikian, pemikir-pemikir Barat melihat bahawa tradisi adalah tidak relevan untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan kontemporari... 
Namun begitu, berbeza pula dengan pandangan Islam, tradisi amatlah dihargai kerana dengan adanya tradisi umat Islam dapat memahami ajaran Islam yang sebenar-benarnya.. Terutamanya merujuk kepada Turath iaitu warisan yang merakamkan tentang bagaimana Islam difahami dan dilaksanakan sejak generasi awal Islam.. Rakaman dan khazanah keilmuan ini sangat penting dalam membimbing umat Islam masa kini agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik...

MODENITI

Kemodenan atau modeniti dianggap sinonim dengan kemajuan dan pembangunan.. Namun begitu pada hakikatnya, modeniti adalah mengandungi nilai-nilai Barat sedangkan kemajuan dan pembangunan tidak demikian.. Menurut pandangan Barat, 'modeniti' adalah satu fasa sejarah Barat yang sedang melalui pasca-tradisi, pasca zaman pertengahan yang dicirikan dengan industrialisme, kapitalisme, sekularisasi dan negara-bangsa.. Selain itu, modeniti juga dikenali sebagai the age of reason (zaman akal) dan menekankan sains teknologi dan kemajuan material..


Berbeza mengikut perspektif Islam apabila segala pembangunan dan kemajuan adalah berlandaskan kepada agama Islam kerana ia haruslah memberi kesan yang baik kepada manusia.. Dalam Islam kemajuan material bukan esensi dan tidak dapat dijadikan ukuran kemajuan dan pembangunan yang sebenar.. Walaupun begitu, bukan beerti Islam menolak kemajuan tetapi haruslah berada pada landasan yang benar dan bertepatan dengan ajaran agama Islam..

No comments:

Post a Comment