Thursday, 3 October 2013

Ketamadunan Melayu adalah Ketamadunan Islam


Pada pandangan saya, S.M. Zakir melalui artikelnya menjelaskan bagaimana berkembangnya sebuah tamadun Islam dan penaklukan kawasan-kawasan seperti Parsi, 'jalan sutera' ke China sehinggakan jalan laut dari Teluk Arab/Teluk Parsi ke China di kuasai oleh pedagang-pedagang Islam... Hal ini menunjukkan betapa berkuasa dan gagahnya kerajaan Islam pada sekitar tahun 711M ini dengan penaklukan yang dilakukan... Selain itu, dengan berjalannya aktiviti perdagangan ini perhubungan antara Dunia Islam dan kerajaan-kerajaan kepulauan di selatan Asia Tenggara juga mula terjalin. 

                                   1.1 Peta Selatan Asia Tenggara

Selain itu, alam Melayu mula dikenali oleh banyak negara dan menjadi tempat persinggahan para pedagang dari Basra (Iraq), Hormuz (Parsi) dan Calicut @ Gujerat (India) yang dalam perjalanan ke China... Oleh hal demikian, pelabuhan-pelabuhan Melayu menjadi bertambah pesat dengan kemudiannya muncul beberapa pelabuhan seperti Langkasuka, Kalah (Kedah), Zabaj (Sriwijaya Palembang) dan Melaka... Ia kemudian meluas ke seluruh alam Melayu hingga ke Jawa, Maluku, Kalimantan, Makasar, Ternate, Brunei dan Kepulauan Sulu...

Dengan munculnya pedagang-pedagang Islam ini maka muncullah juga agama Islam di alam Melayu... Seperti yang diketahui bahawa masyarakat alam Melayu sebelumnya adalah menganut ajaran Hindu-Buddha.. Namun begitu, ajaran tersebut hanyalah diajar kepada kalangan raja-raja dan bangsawan sahaja.. manalaka rakyat pula masih tetap dengan kepercayaan animisme dan tahyul... Pada masa itu juga, masyarakat alam Melayu hidup dalam kemunduran tanpa ilmupengetahuan dan ajaran agama yang benar-benar sahih...

                               1.2 Ajaran Islam mula tersebar

Kemunculan Islam telah merubah wilayah alam Melayu dan pada masa yang sama telah mengangkat alam Melayu mencapai zaman kegemilangannya sama ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial.. Agama Islam juga telah mematangkan pemikiran masyarakat Melayu dan meningkatkan keintelektual dalam kalangan mereka.. Selain itu, muncul pula tokoh-tokoh dan ahli-ahli falsafah dalam kalangan masyarakat Melayu Islam.. Hal ini menampakkan perkembangan dari segi ilmu pengetahuan yang semakin menebal di alam Melayu.. Penggunaan bahasa Melayu dalam menyampaikan ilmu agama Islam juga merupakan jalan yang rasional kerana ia lebih memudahkan masyarakat alam Melayu untuk memahami sesuatu yang cuba disampaikan.. Bahasa Melayu ini juga terus berkembang hingga melahirkan ulama-pemikir Islam seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin Ar-Raniri dan sebagainya..

Maka ternyatalah bahawa konsep Melayu itu muncul dengan kedatangan dan penerimaan Islam di alam Melayu ini.. Kehidupan dan kebudayaan masyarakat telah mengalami satu bentuk peralihan daripada dunia gelap dan anti-rasional kepada sebuah dunia pencerahan yang bersifat rasional dan saintifik.. Oleh itu, disinilah wujudnya konsep tamadun...

No comments:

Post a Comment