Friday, 4 October 2013

Umat Melayu Cerminan Islam


Pada pendapat saya, artikel ini cenderung menjelaskan tentang cerminan masyarakat Melayu di Malaysia dan agama Islamnya. Seperti yang diketahui Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif bahawa Melayu itu beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Begitu juga kajian yang menarik yang sering dikaji mengenai Melayu dan Islam ini adalah bahasanya... Hal ini kerana dikatakan bahasa Melayu mempunyai ribuan istilah bahasa Al-Quran didalamnya...


Selain itu, masyarakat Melayu juga harus menampakkan contoh yang baik kerana baik fahaman dan amalan Islam dalam kalangan orang Melayu, maka baiklah imej Islam itu sendiri...dan begitu juga sebaliknya. Ini menerangkan bahawa masyarakat bukan Islam melihat agama Islam adalah daripada perlakuan dan tingkah laku orang Melayu...seharusnya orang Melayu yang beragama Islam menonjolkan contoh yang terbaik kepada masyarakat bukan Melayu...


Manakala peranan generasi muda dalam menimba ilmu dan pendidikan juga haruslah jujur dan tidak bertentangan dengan fitrah seperti berlakunya penciplakan terhadap hasil orang lain dan sebagainya.. Hal ini kerana masyarakat Melayu adalah cerminan kepada agama Islam.. Oleh itu, seharusnya orang Melayu mengamalkan dengan sebaik mungkin ajaran Islam sama ada bersifat jujur, amanah, menepati waktu, rajin dan sebagainya yang akan menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat lain...

Seterusnya imej dakwah juga amat penting dan harus diperkasakan dalam diri bangsa Melayu.. Selain itu, diketengahkan prinsip Al-Quran yang tidak membenarkan penerimaan Islam secara paksa.. Islam juga jelas dikatakan bukan sekadar suatu sistem kepercayaan malah ia adalah suatu cara hidup yang menunjukkan jalan kepada agama yang fitrah dan agama yang benar... Namun begitu, tidak semua masyarakat Melayu yang beragama Islam yang mengamalkan ajaran agama seimbang dengan perkara duniawi.. Sesetengah mereka lebih mementingkan hal dunia berbanding agamanya...


Oleh hal demikian, seharusnya orang Melayu di Malaysia meneliti dan memahami kembali tahap ketamadunan Islam agar memiliki kekuatan untuk membangunkan imej contoh.. Ia adalah sangat penting kerana merupakan suatu perkembangan dakwah dan ajaran Islam.. Masyarakat Melayu dan perwatakan yang mulia haruslah sejajar sama ada adil dalam pengurusan, amanah, sentiasa melakukan kebaikan dan sebagainya.. Hal ini penting kerana kewibawaan Melayu adalah sumber teladan yang tinggi kepada masyarakat dan negara...

No comments:

Post a Comment