- Ranjau Sepanjang Jalan, Kemelut, Seluang Menodak Baung, Srengenge karya Shahnon Ahmad
- Krisis karya Alias Ali
- Angin Timur Laut, Juara karya S. Othman Kelantan
- Salina, Adik Datang, Sungai Mengalir Lesu karya A. Samad Said
- Lambak karya Zaid Ahmad
- Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga karya Jong Chian Lai
- Ngayau, Bagaton karya Amil Jaya
- Empangan karya Zakaria Ali
- Jejak Pulang karya Dharmala N.S
- Rimba Harapan karya Keris Mas
Novel-novel tersebut dipilih kerana bertepatan dengan topik perbincangan dan mencerminkan nilai budaya bangsa didalamnya. Namun masih terdapat beberapa buah novel lain yang dihasilkan sezaman dengan novel-novel tersebut yang mencerminkan nilai budaya bangsa itu. Selain itu, dikatakan juga bahawa nilai budaya bangsa yang diterapkan di dalam novel-novel tersebut berkemungkinan berbeza dengan nilai budaya masa kini.. Ini disebabkan ada antara novel-novel yang mencerminkan nilai budaya bangsa masyarakatnya yang berlaku beberapa tahun atau dekad kebelakangan.. Latar masa menjadi faktor perubahan sama ada dari segi lanskap alam semula jadi mahupun pandangan dunia (worldview) masyarakatnya seperti pemikiran, amalan kerja, kepercayaan, sikap dan sebagainya yang membentuk nilai budaya masyarakat pada sesuatu masa atau zaman itu… Contoh: Novel Ranjau Sepanjang Jalan (1966) dan Rentung (1965) karya Shahnon Ahmad...
Lucien Goldmann, Hypolite Taine dan Michel Zeraffa mempunyai pandangan selari yang mengatakan bahawa sesebuah novel atau teks sastera mempunyai perkaitan dan hubungan yang mencerminkan nilai budaya sesebuah masyarakat yang dihasilkan oleh seseorang pengarang pada zamannya dengan nilai budaya masyarakat realiti, khususnya dalam aspek pandangan hidup, pemikiran dan kesedaran.. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna gagasan strukturalisme-genetik ini terlepas daripada sebarang kelemahan.. Hal ini kerana banyak karya sastera (novel) di Eropah khususnya tidak mencerminkan nilai budaya bangsanya yang sebenar-benar…
Suatu perkara yang menarik dapat dikesan daripada penelitian terhadap novel-novel pilihan tersebut iaitu adanya kecenderungan penumpuan atau aliran yang hampir sama novelis-novelis itu dalam menanggapi, menghayati dan mencernakan dengan teliti nilai masyarakat bangsa mereka yang dihadapi dan dialami oleh mereka dalam kehidupan sehari2, sama ada di kampong mahupun di bandar dan persisirannya...
Selain itu, novel-novel yang mencerminkan nilai budaya bangsa juga dapat dijadikan informasi kepada para pembaca untuk memahami sesetengah nilai budaya masyarakat, khususnya Melayu dan beberapa suku kaum lain di Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak.. Seperti contoh, novel Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga, Ngayau, Bagaton, Royan, dan beberapa novel lain yang dihasilkan pengarang di kedua-dua negeri tersebut, pembaca akan mendapat gambaran serba sedikit tentang keadaan kehidupan dan nilai budaya masyarakatnya dalam aspek sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik…
Oleh itu, dapat dikatakan bahawa pengarang-pengarang yang menghasilkan novel-novel tersebut sememangnya mempunyai bakat, daya kreativiti dan persepsi yang tinggi terhadap kenyataan atau reality masyarakat dan persekitaran terutama pada konteks zamannya.. Mereka juga menguasai teknik dan unsur penceritaan karya kreatif imaginative itu dengan baik untuk mencitrakan semula realiti sebagai cerminan dan bayangan nilai budaya masyarakat bangsanya dalam bentuk karya sastera khususnya novel…
No comments:
Post a Comment