Sunday, 15 December 2013

KONSEP TA'DIB: TERAS FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM oleh Asmaa Mohd Arshad

Krisis keruntuhan akhlak dilihat semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.. Arus modenisasi dunia tanpa sempadan merupakan serangan moral paling hebat dalam sejarah ketamadunan umat manusia.. Oleh hal demikian generasi kini dikatakan tidak lagi mempu mempertahankan akidah, akhlak, maruah, nilai, prinsip dan harga diri..


Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas menjelaskan bahawa isu keruntuhan akhlak terutama dalam kalangan remaja seharusnya diambil serius oleh warga pendidik.. Masalah kekeliruan ilmu dan keruntuhan adab di kalangan umat Islam adalah berpunca daripada pandangan alam (worldview) serta kebudayaan Barat yang telah menyelinap masuk ke dalam ilmu dan budaya hidup Muslim.. Hal ini menimbulkan kekeliruan terhadap perkara-perkara teras seperti konsep Tuhan, konsep agama, insan, ilmu dan pendidikan.. Maka, kekeliruan ilmu terhadap perkara-perkara asas tersebut akhirnya mengakibatkan keruntuhan adab di kalangan Umat Islam..


Konsep Ta'dib ialah teras pendidikan yang sebenar dalam Islam iaitu penyerapan adab ke dalam diri.. Adab merupakan sesuatu perbuatan, tindakan atau keputusan yang didasari oleh ilmu yang benar.. Melalui dasar ini al-Attas telah membahagikan ilmu kepada dua iaitu Ilmu Pengenalan dan Ilmu Pengetahuan.. Ilmu Pengenalan merupakan ilmu fardu ain, ia adalah dituntut ke atas setiap Muslim.. Manakala Ilmu Pengetahuan pula merupakan ilmu fardu kifayah yang diwajibkan bagi sebahagian kaum Muslimin sahaja..

Oleh hal demikian, dalam pendidikan terutamanya, konsep ilmu fardu ain dan fardu kifayah ini tidak seharusnya berhenti pada peringkat pendidikan rendah dan menengah sahaja.. Kepincangan dalam pelaksanaan Ilmu Teras (fardu ain) di peringkat pengajian tinggi, merupakan punca lahirnya generasi yang rapuh jati dirinya.


No comments:

Post a Comment