Syed Naquib al-Attas menyatakan bahawa pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat iaitu dunia merupakan persediaan untuk akhirat.. Pandangan semesta Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terpancar dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.. Secara umumnya ia merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutama dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh nilai tertentu.. Aqidah merupakan asas dan teras bagi tamadun Islam.. Allah S.W.T. pula ialah Pencipta dan Pentadbir alam ini.. Selain itu, Allah S.W.T mempunyai hak bagi diriNya dan juga keatas diriNya.. Bagi diriNya bermaksud penunaian hak oleh Allah berdasarkan kehendak dan kuasaNya.. Manakala ke atas diriNya pula bermaksud hak-hak Allah yang mesti ditunaikan oleh manusia..
Seterusnya, Allah menurunkan al-Quran iaitu sumber rujukan ilmu dan perundangan yang utama dan paling penting kepada kehidupan manusia.. Al-Quran merupakan kata-kata Allah dan wahyu daripada Allah yang disampaikan melalui rasulnya kepada umat manusia sebagai garis panduan umtuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.. Al-Quran adalah sumber yang membekalkan asas-asas ilmu pengetahuan supaya manusia tidak terjerumus dalam logik akal dan nafsu semata-mata.. Seperti yang sedia maklum bahawa fungsi al-Quran adalah membawa kebenaran dan pengajaran yang tidak dapat disangkal lagi..
Kewujudan Tuhan mengikut Islam adalah berbeza pandangannya dengan penganut-penganut agama lain.. Menurut agama Islam, tuhan adalah merujuk kepada Allah yang Maha Esa iaitu Allah yang satu.. Walaupun kewujudan Allah tidak dapat dilihat melalui pancaindera, namun umat Islam harus mempercayai bahawa Allah itu wujud dan tiada Tuhan yang wajib di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.. Oleh hal demikian, umat Islam haruslah beriman dengan kewujudanNya, mengenaliNya, mempelajari apa yang datang daripadaNya dan yakin serta melaksanakan perintah dan petunjukNya...
Assalamualaikum, salam perkenalan. Moga blog ini menjadi wadah terbaik dalam perkongsian ilmu. Jemput ke blog saya untuk bertukar-tukar pandangan.
ReplyDelete