Sekiranya majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup iaitu di hadapan keluarga terdekat/mahrah, ia diharuskan.. Ini kerana ada diantara adat tradisi yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.. Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.. Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri.. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari itu..

Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan itu perlulah di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam kegembiraan.. Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding, adakah ia budaya masyarakat Melayu atau budaya masyarakat lain?? Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India.. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat tradisi maka perlu dipastikan bahawa adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam..
Selain itu, dalam upacara perkahwinan adat merenjis juga dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu.. Dan jika mengikut hukum agama Islam ia adalah diharamkan..
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaun dia termasuk dalam golongan mereka". (Hadis Sahih riwayat Abu Dawud).
Hadis diatas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam..
Namun begitu, jika di lakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.. Walau bagaimanapun, ada sesetengah masyarakat kini berpendapat untuk tidak mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam...
Memang benar.! Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tradisi tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan dalam Islam...